Salam Imtihan, Final Exam..

Pejam celik..pejam celik..pengajian semester 2 (Januari) di kampus tercinta, Universiti Teknologi Petronas, UTP hampir melabuhkan tirai. Dalam erti kata yang lain, tamat sahaja peperiksaan akhir maka berakhir jugalah penat lelah selama 14 minggu pengajian yang diwarnai segala macam bentuk kesibukan.

Apapun bagi penulis, semester kali ini cukup berbeza. Semester kali ini tidak ada nota-nota kuliah, assignment, kuiz dan test. Tak perlu hadir ke Lecture Theatre, lab dan tutorial. Satu-satunya semester yang tidak ada final exam!.

Sebetulnya ana sedang berinternship dan sedang memanfaatkan tempoh yang masih berbaki 3 bulan. Kata senior-senior, semester kali ini seperti semester bulan madu. Lebih bebas dan terbuka. Ana masih menuntut di tahun 3 semester ke-6. InsyaAllah, September tahun ini ana bakal melangkah kembali ke kampus sebagai pelajar final year dan mungkin menggalas tanggungjawab dan taklifan yang lebih besar dan mencabar. Jadi mesti bersedia. Physically and mentally fit.

Dakwah No.1, Akademik Bukan No.2

Rindu suasana kampus yang men’tarbiyyah’kan..

“ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”-Surah Muhammad :7

Seperti biasa, ayat Allah yang dikongsikan oleh naqib kepada adik-adik dalam Smart Group atau usrah-usrah lainnya. Ana juga kerap berpesan kepada mereka sambil ditujukan kepada empunya diri. Kalam Allah Taala yang mesti disebut sebagai muhasabah sejauh mana kebergantungan diri kepada Allah, sebesar mana pula usaha kita untuk mencapai cita-cita. Ana tidak meraguinya sama sekali. Kerana janji Allah itu benar, selebihnya terserah kepada peribadi kita.

Seringkali berlaku kepada aktivis-aktivis dakwah dimana-mana kampus sekalipun, adunan kedua-dua agenda dakwah dan akademik tidak diadun dengan baik. Dalam banyak-banyak perbahasan pula mesti timbul istilah Dakwah vs Akademik. Ana berpendapat tidak perlu untuk mencari apa-apa perselisihan antara akademik dan dakwah. Adalah teramat baik sekiranya kita lebih berfokus kearah mencari titik keseimbangan, kerana apabila dihayati dengan baik peranan kita untuk menerajui kedua-dua aspek kewajipan tersebut maka tidak timbul lagi samada dakwah atau akademik yang dipersalahkan atas keciciran salah satunya.

Adakala dakwah mengatasi akademik, ada pula ketikanya akademik mengatasi kerja dakwah. Rupanya dalam dakwah dan akademik pun ada pasang surutnya. Lebih malang lagi, ada antara mereka keciciran dalam kedua-dua tanggungjawab dakwah dan akademik. Saudara, tanggungjawab kepada kedua-duanya tidak boleh dikesampingkan apatah lagi, kita memegang title sebagai seorang Muslim, pelajar dan seorang anak sekaligus.

Sahabat-sahabiah, diri penulis…

Tujuan kita benar. Usaha kita jujur. Niat kita tulus. Allah Taala pasti melihat dan menilai usaha kita walau sekecil-kecil usaha. Namun kita juga harus takut tatkala tanggapan seperti ini timbul.

Mereka jagoan yang bersemangat dan aktif dalam lapangan dakwah, tetapi kecundang dan tumpas di dewan kuliah?Mereka cergas dan cerdas berdakwah, kenapa lesu di bilik kuliah?

Pelik. Kenapa pula akademik dikeluarkan dari skop dakwah? Dalam dakwah tidak ada akademik? Atau dakwah cukup sekadar berusrah dan berceramah?

Bukan begitu. Akademik juga medium dakwah. Dai’e yang cemerlang akademik dipandang tinggi oleh sang mad’u. Barangkali medium akademik lebih berkesan dalam menyampaikan mesej dakwah. Kita selalu sebut dakwah bil hal. Dakwah melalui teladan. Nah, kalau konsep ini diaplikasikan dalam akademik ana yakin mad’u tidak teragak-agak untuk belajar daripada kita. Seperti satu pakej yang sempurna, duniawi cemerlang ukhrawi gemilang.

Kenikmatan dalam menuntut ilmu makin tawar?

Ana pernah bersetuju dengan pernyataan ni. Ana pernah berputus asa ditengah-tengah jalan. Bosan belajar, lebih baik fokus kerja-kerja event dan dakwah!. Itu pun sewaktu di tahun dua, tahun yang paling busy dan sukar. Waktu itu, semangat belajar luntur. Tawar. Perbezaan yang sangat ketara berbanding semasa foundation dan tahun satu yang mana ketika itu cita-cita mencapai ijazah kejuruteraan first class berkobar-kobar.

Barah futur dalam belajar bukan hanya berjangkit sesama pecinta dakwah. Malah, pelajar-pelajar lain yang jauh dari tugasan dakwah pula lebih banyak yang kecundang. Maka tidak ada sebab kenapa hanya aktivis dakwah yang sering dipukul rata dek keciciran dalam pelajaran. Tak dinafikan, jurusan engineering, communication atau business sama sahaja. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap pelajaran di bilik darjah sering berlaku.

Man jadda wa jada!

Pepatah Arab, siapa berusaha lebih, dia dapat lebih. Ini sifirnya. Terkadang kita iri hati dan tertanya-tanya bagaimana orang kafir yang hidupnya sangat mewah dengan harta yang melimpah ruah, sedangkan mereka Kufur terhadap Allah Taala? Rakan sekelas yang non-Muslim mendapat pointer yang lebih tinggi daripada pelajar-pelajar Melayu Islam. Allah Taala Maha Adil bukan. Mana mungkin ikan dilautan dapat dimakan jika tidak berusaha menangkapnya? Nasi tidak akan masuk ke mulut tanpa menyuapnya dengan tangan. Biarpun dengan contoh yang kecil, namun jelas kepada kita Allah Taala mahukan hambanya berusaha terlebih dahulu sebelum menyerah kepada-Nya. Faiza azam tafatawakkal alallah. Setelah kita berusaha kemudian bertawakallah kepada-Nya.

Aku Dai’e, Aku juga Cemerlang!

Carilah keseronokan dalam mengerjakan amal Islami dan akademik. Pertamanya, tugas dakwah harus lahir atas kesedaran dan kepercayaan diri, bahawa sesungguhnya dakwah menambah seri dan makna hidup kita. Carilah kepuasan dalam lapangan dakwah, rebut kenikmatan dalam bilik kuliah. Jangan menganggap akademik sesuatu yang merimaskan, padahal kita mungkin dilabelkan sebagai gagal dalam berdakwah gara-gara akademik yang mandom. Adakalanya apa yang kita fahami dalam berdakwah, tidak semestinya difahami oleh orang lain dan akhirnya kedengaran suara-suara yang menfitnahkan kita dan seruan kita.

Teladani juga kisah abang-abang dan kakak-kakak yang aktif dan masih istiqamah dengan dakwah ( akh Hakim, akh Azizi, akh Arif Shah, Kak Rusyi n ramai lagi..). Mereka cemerlang dan terbaik di dalam fakultinya. Bukan seorang dua, tetapi ramai. Cemerlangnya kita dalam pelajaran jugalah yang akan menyuntik semangat untuk terus berdakwah, kerana diluar sana ramai mad’u yang memerhatikan kita menanti masa untuk bersama-sama seiringan atas landasan dakwah.

Tinggal 5 hari sebelum masuk study week. Sahabat2 dikampus pastinya bertungkus-lumus berusaha yang terbaik untuk final exam semester ini. Bagi yang masih tercari-cari arah dan titik mula, jangan berlengah dan mulakan sekarang. 2 minggu masih belum terlambat sahabat-sahabat..! Belajarlah dari kegagalan lepas. Mudah-mudahan usaha, doa dan tawakkal yang berterusan kepada Allah, menjanjikan hasil yang terbaik untuk kita. InsyaAllah…

Semoga berjaya sahabat-sahabat, adik2 Mei10, Akmal, Syah Hafiz, Himuraiz Affan, Fitri, Abu, Fathi, Shafwan, Hanif…Salam Imtihan..$;-)

By Wan Ibrahim Al-Kutani Posted in Kampus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s