RSS

Pasca PRK MPPUTP : Mengisi Kemenangan, Memimpin Mahasiswa

01 Mar

Pasca PRK MPPUTP: Mengisi Kemenangan, Memimpin Mahasiswa

Universiti Teknologi Petronas - Engineering futures

 Assalamualaikum warahmatullah, Salam perpaduan Salam Sejahtera.Semoga Allah sentiasa merahmati, memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua seluruh warga pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP).InsyaAllah

Alhamdulillah, secara umum proses pemilihan pada sesi 2012 kali ini lancar walaupun buat pertama kalinya kampus swasta UTP mengimplementasikan kaedah pengundian e-voting sekaligus membuktikan bahawa pihak universiti serius dalam mengendali dan mengiktiraf peranan Majlis Perwakilan Pelajar sebagai platform yang menghubungkan pelajar dan pihak pengurusan. Walau bagaimanapun, ruang penambahbaikan terhadap sistem pilihanraya yang ada diharapkan masih terbuka supaya saranan dan pembaharuan dapat dilakukan dari tahun ke tahun. InsyaAllah.

MPPUTP, Bermulanya Peralihan Sebuah Kepimpinan

Barisan kepimpinan MPPUTP 2012. Syed Abdul Haq, Afandi Azmi Raif (ex-PR MPPUTP 10/11), Nabil Yusof, Wan Ibrahim al-Kutani, Ikhwan, Qaeyyum

Naily Akmal Zamri - Kecemerlangan akademik dengan CGPA 3.94 bukan alasan untuk tidak tampil memimpin. Beliau tampil dengan mesej 'orange' nya

Nur izzati Ramli - Kemenangan bergaya mencatat undian tertinggi. Beliau mengetengahkan hal ehwal Mahasiswi sebagai keutamaan

Syabas dan takziah khusus kepada semua calon umum yang telah memenangi Pilihanraya Kampus Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPPUTP) Universiti Teknologi Petronas, serta barisan exco yang mewakili suara program. Tahniah atas hasrat dan komitmen yang jelas dipamerkan oleh setiap calon bagi memberikan sumbangan yang terbaik kepada seluruh warga kampus UTP. Sekalung penghargaan juga buat warga kampus yang telah menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin pelajar yang bakal mewakili suara mereka demi kelangsungan Majlis Perwakilan Pelajar UTP.

Ingatan kepada penulis dan kesemua barisan pimpinan MPPUTP yang baru, kemenangan tidak akan diperoleh tanpa permulaan sebuah inspirasi, usaha yang tekad serta harapan daripada semua mahasiswa. Kemenangan setiap calon bukanlah diukur dengan ramainya peminat dan penyokong. Bahkan lebih besar daripada itu, kemenangan yang sebenar adalah apabila kita dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sempurna dan ikhlas. Kemenangan yang dimaknai apabila setiap manifesto cuba dijalankan dan direalisasikan dengan baik.

Buat sahabat-sahabat pimpinan MPPUTP 2012, jawatan dan amanah ini boleh jadi suatu rahmat dan juga ujian kepada setiap daripada kita. Jawatan ini jugalah yang dapat mengubah samada kita selepas ini menjadi lebih baik atau sebaliknya, sombong dan keras kepala sehingga sukar dinasihati yang akhirnya menjadi kemuncup dalam mobilasi gerak kerja.

“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana orang-orang sebelum mereka berkuasa..” – QS An Nur : 55

“Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (Islam).Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Kuasa. Iaitu mereka yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah dibumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebajikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”  – QS Al Hajj: 40-41

InsyaAllah, sama-sama kita mendoakan kepimpinan MPPUTP sesi baru ini tidak akan tergolong dalam kalangan yang dimaksudkan dan berusaha untuk menampilkan corak kepimpinan yang telus, berkarisma dan berkebajikan.Amin.

Masa untuk Bekerja dan Melaksana

“ Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan benar.Jika amal itu ikhlas tetapi tidak benar, maka tidak diterima.Jika benar tetapi tidak ikhlas juga tidak diterima kecuali dilakukan secara ikhlas”

Sesebuah kemenangan mestilah diraikan dengan perlaksanaan, gerak kerja yang benar dan ikhlas demi kepentingan pelajar. Inilah masanya untuk melaksanakan segala perancangan yang diucapkan sepanjang berkempen dan manifesto. Harapan pelajar menggunung tinggi. Kepercayaan mereka kepada Majlis Perwakilan Pelajar kembali hidup dan sekarang menjadi tanggungjawab kepada penulis dan sahabat-sahabat pimpinan yang perlu digalas. Kemenangan yang telah dikecapi mestilah diisi dengan sempurna tidak sekadar melepaskan batuk ditangga. Tambatkan kepercayaan yang telah diterjemahkan oleh para pelajar dengan kerja buat yang menguntungkan, berkesan dan dirasai oleh semua. Mengisi Kemenangan, Memimpin Mahasiswa!

1 Visi dan Harapan baru MPPUTP 2012

Sekalung penghargaan kepada kepimpinan MPPUTP terdahulu (Haniff Human 09/10, Hamzah Nawawi 10/12) yang telah memperlihatkan kepada warga kampus UTP bahawa dalam MPP begitu ramai tokoh pimpinan yang mantap dalam mengurus dan melaksana. Tahniah kepada mantan pimpina exco yang banyak berjasa dan bertungkus lumus menjaga kepentingan pelajar. InsyaAllah, kualiti kepimpinan seperti inilah yang seharusnya didekati dan dicontohi oleh barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2012.

Justeru, penulis bagi mewakili hasrat kepimpinan yang baru sahaja memulakan langkah pertama kami InsyaAllah akan mengambil dan memanfaatkan peluang dan ruang kemenangan ini sebaik mungkin. Legacy yang baik akan diteruskan dan InsyaAllah akan menyuburkan usaha menambahkan lagi mutu kepimpinan agar badan pelajar tertinggi ini dikemudi dengan jayanya.

Ke arah visi mengkehadapankan MPPUTP sebagai Duta Mahasiswa, insyaAllah dengan pintu perbincangan dan sumbangsaran yang terbuka luas, barisan pimpinan sesi kali ini akan menampilkan kepimpinan yang dikenali dan dirujuk, sikap yang lebih peka dan mesra pelajar serta berinisiatif dalam membawa dan memperjuangkan suara dan kepentingan pelajar. InsyaAllah harapan yang murni daripada kepimpinan baru ini hanya akan terlaksana sekiranya penghayatan, sokongan dan kerjasama daripada seluruh Mahasiswa Universiti Teknologi Petronas mampu disatukan dan digembleng dengan semangat dan usaha yang konstruktif. InsyaAllah

Selamat memimpin buat penulis dan semua pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar MPPUTP yang baru. Segala kekurangan dan kekuatan yang wujud pada kepimpinan yang lepas dapat jadikan ia sebagai pengajaran dan penguat untuk terus menabur bakti dan khidmat kepada pelajar dan universiti keseluruhannya. Adaptasikan dan teruskan kebaikan-kebaikan yang ada sebagai contoh dan teladan yang berterusan. Semoga Allah SWT akan sentiasa menunjuki jalan kepada kami untuk membentuk kepimpinan yang diberkati dan dipimpin oleh Allah SWT. InsyaAllah… ^___^

Belajar sambil mencabar

Pengetahuan tidak akan terjuntai seperti pisang

Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin

Berpengalaman mencabar dan terpelajar

(Profesor Di-Raja Ungku Aziz)

~MPPUTP Duta Mahasiswa. Mengisi Kemenangan Memimpin Mahasiswa~

Wan Ibrahim Bin Wan Mamat

Majlis Perwakilan Pelajar MPPUTP 2012

Pelajar Tahun Akhir Jurusan Kejuruteraan Mekanikal

Universiti Teknologi PETRONAS

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 1, 2012 in Kampus

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: