RSS

Akademik. Ubah Sebelum Parah!

30 Apr

Kamu jaga Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu

Masa begitu pantas berlalu. Seakan-akan baru semalam berakhirnya pengajian semester September 2011. Minggu ini pula pengajian semester Januari 2012 akan menghambat para penuntut kampus UTP dengan peperiksaan akhir yang akan berlangsung dalam tempoh kurang dua minggu. Demam peperiksaan berulang seperti kebiasaan. Ironi bagi penulis, tempoh yang sangat singkat ini seolah tidak adil bagi kebanyakan penuntut. Masakan dalam hari-hari genting ‘study week’ masih ramai yang bertungkus-lumus menyiapkan projek, assignment dan presentation, malah ada diantara kita mungkin terpaksa menghadapi beberapa kertas akhir dalam masa yang cukup pendek. Ala kullihal, walaubagaimana jua kekangan yang ada ianya tidak lain menuntut suatu bentuk persediaan mental, fizikal dan rohani yang benar-benar mantap dan berterusan.

Penulis juga tidak pantas lari daripada situasi akademik yang menghambat. Kini penulis menuntut di tahun akhir semester yang kedua, usai internship dua semester yang lalu. Alhamdulillah, tempoh hampir 5 tahun di UTP yang cukup mematangkan dan bakal menghabiskan saki baki semester akhir pada Mei 2012 InshaAllah. Pengalaman yang berbeza pernah dirasai tatkala musim peperiksaan menjelang. Adakala malas dan rebah ditengah-tengah jalan. Lesu dan tidak bermaya menghadap kertas soalan yang tidak diduga. Pernah sekali hampir tewas dimedan peperiksaan barangkali kerana hilangnya berkat dan lemahnya persediaan.

Bittaufiq wa Najah kepada semua Mahasiswa UTP yang bakal menghadapi peperiksaan akhir. Bersempena minggu peperiksaan ini, molek untuk penulis kongsikan beberapa tips/panduan belajar yang boleh sama-sama kita fahami dan terus kepada aplikasi yang diringkaskan dalam penulisan ini.

Sekadar panduan ringkas untuk diri penulis dan rakan-rakan pelajar semoga beroleh keberkatan yang InshaAllah membuahkan kecemerlangan dan kelulusan yang baik nanti. Berikan keutamaan kepada 5 perkara ini, pasti kita tidak mudah kecewa sebaliknya terus bermotivasi mengejar cita-cita kita.

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

2) Disiplinkan diri.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Kesimpulannya daripada penulisan ringkas ini hanya satu, selamat beramal dengan pedoman yang telah digariskan. Sama-samalah kita mempraktikkan tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata-mata, tetapi kita juga mahukan keberkatan daripada Allah S.W.T.
Study now! Mulakan dari sekarang dan jangan bertangguh. InsyaAllah kecemerlangan bakal mengiringi usaha-usaha yang kita lakukan. Siru ala barakatillah…

YDP Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Teknologi Petronas

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on April 30, 2012 in Nota Terbuka

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: