RSS

Penjelasan Persepsi MPPUTP terhadap Politik

06 Sep

Penjelasan isu ‘Persepsi terhadap kecenderungan MPPUTP terhadap Politik’

Maklumbalas ringkas ini bertujuan yang pertama menjelaskan pendirian Presiden MPPUTP mengenai tindakan mengetengahkan tema kemerdekaan dan intipati yang cenderung parti alternative dan yang kedua menjelaskan kepada Mahasiswa UTP kecelikan politik dan bagaimana mereka seharusnya berperanan. InsyaAllah saya akan teruskan maklumbalas ini dalam lingkungan akhlak yang masih dijaga.

Saya mengambil kira bahawa pelajar Universiti memiliki suatu keupayaan yang tidak banyak dimiliki oleh orang lain. Iaitu idelogi perjuangan mereka yang berasaskan intelektualiti. Ini adalah ‘ideal case’ bagi seorang penuntut universiti yang mapan dan tahu peranan mereka. Walaubagaimanapun, ideologi ini tidak ‘valid’ kepada sebahagian besar lagi penuntut dihampir seluruh universiti kerana kebanyakannya tidak punyai kecelikan politik yang tinggi dan tidak nampak bagaimana mereka seharusnya berperanan. Saya amat tidak bersetuju bila pelajar universiti dikatakan hanya perlu fokus kepada pelajaran semata-mata. Sungguhpun ianya betul, hadir ke universiti untuk belajar dan mendapatkan ijazah. Namun, saudara bayangkan, berapa ramai pula yang hadirnya ke universiti banyaknya pula masa terluang kepada urusan-urusan yang tidak memberi faedah, manfaat kepada diri sendiri apatah lagi kepada kelompok yang lebih iaitu kepada masyarakat dan negara? Tidak perlu saya perjelaskan fenomena ini kerana saya yakin semua maklum. Tinggal lagi saudara bersetuju atau tidak bersetuju.

Bila MPP dipertikaikan atas tindakan memilih tema kemerdekaan ke-55 Sebangsa, Senegara, Sejiwa dan umum maklum ianya hasil cambahan cadangan daripada pihak ‘kerajaan menunggu’ (pembangkang) dengan dipersetujui oleh sekalian banyak rakyat, saya akan katakana begini. Saudara-saudara yang cukup ramai mempertikaikan tindakan MPP tersebut harus tahu bahawa ada kesilapan bilamana saudara hanya menuding jari MPP cenderung kepada ‘kerajaan menunggu’ semata-mata. Mohon fahami satu perkara, yang saya sebutkan diatas bahawa ideologi seorang penuntut universiti yang sebetulnya mesti berjuang dan bertindak atas daya intelektual, tidak mengira siapa, parti atau kumpulan mana yang menganjurkan sesuatu dasar atau program. Samada mereka meerintah atau tidak. Sebelum itu saya perbetulkan bahawa kerajaan ‘pembangkang’ hari ini merupakan pemerintah kepada 4 negeri, tidak termasuk negeri Perak yang dirampas pasca PRU12. Jadi kurangkan juga penekanan yang membezakan mereka kerajaan ataupun pembangkang kerana kedua-duanya punyai kredibiliti memerintah dan sedang memerintah atas kapasiti. Pendirian umum saya juga pendirian yang mempertahankan tindakan MPP tersebut juga jelas bahawa yang menjadi keutamaan untuk dianalisis bukannya SIAPA, tetapi APA intipati dasar dan progamnya mereka. Gara-gara satu tema, MPP terus dilabel begitu dan begini. Saya tegaskan bahawa ada kesilapan dari sudut persepsi saudara-saudara yang sinis terhadap MPP.

Maka, bila dikatakan demikian, apa-apa tindakan atau hampir semua tindakan akan mendasari prinsip yang disebutkan tadi. Progam atau sebarang idea yang beri kebaikan dan kesejahteraan kepada masyarakat terbanyak mestilah disokong, begitu juga pelajar universiti atau Mahasiswa ini mesti menyatakan pendirian dan sokongan mereka. Sama keadaannya jika ada pihak yang melaksanakan sesuatu dengan hasrat yang negatif dan merosakkan masyarakat termasuk anak muda, pelajar universiti jugalah yang mesti bangun menentang, atas semangat kebaikan dan kesejahteraan tadi. Disini barulah kita dapati kematangan mahasiswa dalam menilai dan bertindak.
Saya jamin ada segelintir yang melihat pimpinan tertinggi MPP, saya selaku Presiden begitu cenderungan kepada politik dan pihak-pihak berkaitan. Saya benarkan persepsi sedemikian dan tidak menghalang tanggapan-tanggapan sebegitu, apa kudrat saya untuk menghalang mereka daripada terus beranggapan sedemikian. Pendirian politik saya juga jelas dan masih membataskan beberapa perkara dalam tindak tanduk saya. Cuma apa yang akan saya tentang adalah bilamana wujud provokasi bahawa saya taksub dengan menyokong membuta-tuli kepada pihak luar seumpamanya. Ketaksuban yang segelintir maksudkan itu yang akan saya tentang. Untuk soal ini, saya boleh buka ruang yang lain supaya boleh dibincang dan diperhalusi dengan lebih baik. Maklumlah, saya yang menerima politik, hendak beri kesedaran kepada yang rabun politik akan makan masa cumanya yang rabun atau inferior kepada politik tidak boleh dikatakan betul sebaliknya mereka harus diperbetulkan.
Saya terfikir juga, bila membincangkan idealism perjuangan mahasiswa ini, adakah rata-rata pelajar UTP yang faham. Apapun saya harapkan diluar sana masih ramai yang berharap untuk faham. Akan saya jelaskan seringkasnya untuk mudah difahami oleh pelajar kebanyakan.

Saya secara peribadi mengharapkan satu transformasi mahasiswa yang lebih menyeluruh. Begitu juga dengan aspirasi MPP yang ingin melihat perkara yang sama. Hari ini tidak ramai masyarakat pelajar UTP yang mampu bersuara dengan baik, dalam mencadangkan idea, mengkritik dengan sopan dan membina. Saya juga belum mampu dan walaupun ada yang mampu tetapi belum tentu berani untuk tampil. Golongan terpelajar seperti sahabat-sahabat dikampus UTP inilah yang mesti menyatakan yang benar dan bersedia menolak apa-apa keburukan atas asas ilmu dan intelek masing-masing. Sebagai golongan yang diiktiraf, sahabat-sahabat mesti secara jelas dan berhikmah menyatakan pendirian, termasuk pendirian politik mereka walaupun tidak dizahirkan terus dalam bentuk parti, seboleh-bolehnya biarlah umum mampu membaca kejelasan kecenderungan anda. Biarlah dalam tempoh kurang daripada lima tahun di UTP ini, kita mampu menghasilkan pendirian masing-masing dan jelas dengan peranan masing-masing. Jangan pula keluar selepas lima tahun, tetapi tidak berhasil apa-apa. Akademik berterabur, pendirian goyah. Lebih sadis bila segelintir langsung tidak ada pendirian dan mengasingkan diri daripada arus politik yang menjadi sebahagian tanggungjawab mereka.

Sebagai mahasiswa, sila nyatakan dengan jelas setiap sensitiviti yang berlaku tentang apa sahaja ketidakadilan kepada rakyat, penindasan, salah guna kuasa, pembaziran yang dahsyat, isu agama dan sosial. Saya belum nampak aspek-aspek ini diperbualkan oleh masyarakat pelajar UTP. Masyarakat universiti yang punyai kecelikan politik yang tinggi akan lihat lebih jauh, iaitu mereka harus faham dan menghayati politik dengan baik dan sandaran mestilah dibuat berdasarkan yang benar, pihak yang benar dan baik, untuk diri sendiri, masyarakat, agama dan negara seluruhnya. Saya cabar kepada mana-mana pihak daripada pengkritik supaya tampilkan contoh yang mungkin berlaku jika saudara belum bersetuju dengan mana-mana aspek yang saya nyatakan diatas.

Asas sebagai seorang mahasiswa yang baik dan cakna masih belum jelas tetapi dengan hebat dan lantangnya mengkritik itu dan ini. Maaf saya katakan, mungkin ramai yang sinis terhadap saya. Tidak mengapa kerana saya juga lebih sinis terhadap kebanyakan pelajar-pelajar kita yang bersuara dan mengkritik, tapi tanpa asas dan isi. Mohon ubah aspek-aspek ini. Yang dikritik salah belum tentu salah, dan yang dirasakan betul belum tentu juga betul.

Kembali kepada tema kemerdekaan, walaupun seperti tidak masuk akal pertikaian demi pertikaian dilontarkan. Apapun saya raikan pelajar kebanyakan yang ada. Dalam soal tema ini, timbang tara dibuat walaupun tidaklah terlalu halus dan terperinci. Kesan penggunaan salah satu atau kedua-dua tema ini secara tidak langsung akan memberi kesan baik kepada yang menerima dan yang menolak. Baiklah, saya menerima saranan supaya MPP mencipta logo dan tema tersendiri bagi mewakili mahasiswa. Cuma saya tetap akan tinggalkan persoalan, kenapa perlunya logo dan tema tersendiri sedangkan hasrat kedua-dua belah parti diluar sana sedang dilaung-laungkan supaya seluruh masyarakat faham hasrat-hasrat tersebut? Adakah terdapat penyelewengan hukum atau tatasusila kepada penggunan salah satu tema yang dirasakan lebih baik ini (dalam hal ini tema lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat)? Walaupun cadangan untuk mencipta logo dan tema tersendiri itu baik, tetapi belum tentu ada pengisian dan penghayatan yang sepatutnya diharapkan. Untuk siapa, kepada apa dan kemana? Timbangtara dibuat melihatkan pihak ‘kerajaan menunggu’ juga sedang usaha kearah penambahbaikan kepada negara dan masyarakat secara khususnya. Program-program dan pengisiannya baik, termasuk juga daripada kerajaan sedia ada. Jika hendak dibandingkan dengan tema ‘Janji Ditepati’ (ramai yang tahu dan berpersepsi negative terhadap tema ini), tidak perlu saya terangkan satu persatu aspek mana yang menjadikan tema ini berbaur politik kepentingan tersasar daripada matlamat dan hasrat yang diharapkan. Pendirian saya juga selaku MPP, tema ini gagal dan mesti dihindarkan. Saya harapkan tidak perlu timbul lagi isu tema kemerdekaan sebegini sebaliknya fokuskan kepada solusi kepada pernyataan masalah yang saya nyatakan pada awal maklumbalas ini, iaitu pelajar university termasuk UTP mesti milik daya kecelikan politik yang tinggi dan jelas, dan mesti mencipta peranan mereka selaku golongan yang terpelajar dan diiktiraf. Salah satu solusi yang saya boleh cadangkan ialah supaya pelajar UTP khususnya bersedia dan melengkapkan diri dalam memahami aspek-aspek dan nilai politik yang sepatutnya.
Setuju atau tidak bersetuju sejurus maklum balas ini, saya serahkan kepada rakan-rakan. Fikirkan dan buatlah penilaian. Samada bersetuju atau kurang bersetuju, MPP sesi ini akan teruskan dengan ideologi yang difahami yang saya jelaskan diperingkat awal tadi. Tegasnya, ada nilai dan mesej yang saya dan MPP cuba garapkan sesuai dengan visi dan misi kami juga aspirasi sebuah universiti secara langsung atau tidak langsung. Saya sertakan juga respon serta-merta saya dua hari yang lalu yang merujuk kepada permasalahan yang sedang timbul ini.

“Dalam berpolitik dan berbicara tentang isu-isu berkaitan dengannya, sesiapa sahaja samada mereka golongan pelajar, profesional, doktor, asatizah, ahli ekonomi, bahkan ahli politik sendiri, mereka tidak boleh selama sekadar bijaksana, berstrategi dan bertindak atas pendirian bahawa mereka adalah non-pertisan. Kebijaksanaan sedemikian tidak membantu apa-apa terutama kepada perjuangan yang benar-benar dengan jelas memihak kepentingan agama, bangsa, keadilan dan kemakmuran. Di sana ada keperluan untuk mereka menzahirkan pendirian politik mereka atas apa jua posisi dan kepentingan yang mereka pegang. Kecelikan politik yang dimaksudkan tidak hanya menghadkan mereka memerhati dan menganalisis antara dua parti. Analisis mereka mesti disertai dengan tindakan sekaligus membantu kearah kelangsungan dan terus kepada kemenangan salah satu parti yang cukup kredibilitinya dalam menawarkan sistem yang lebih syari’e, harmoni, adil dan berkebajikan. Jika sekadar cukup bersuara diatas pagar memerhati antara kiri kanan, usahkan mereka membantu perjuangan sebaliknya membantut malahan menggagalkan kemenangan. Soal kamu diposisi mana ketika bersuara dan bertindak, bukan pokoknya untuk terus dipersoal. Agenda yang paling utama yang mesti kamu dan dia saling laksanakan adalah MENGUBAH PERSEPSI POLITIK MASYARAKAT DALAM LINGKUNGAN MEREKA TENTANG PENGHAYATAN POLITIK YANG SEBENAR, menyedari masyarakat yang bersama-sama mereka masih buta politik dan keliru dalam menimbang tara idea politik yang bernas dan tidak bernas. Mereka harus dibantu untuk menilai dan memilih antara dua. Kini bukan lagi masa untuk mengasingkan diri. Kini masa untuk bertindak dan memilih. Soal polisi atau apa jua rang undang-undang yang menghadkan penglibatannya hanyalah ciptaan mereka yang bermuka-muka dan terus menerus memelihara kepentingan peribadi dan organisasi. Akibatnya, masyarakat marhaen termasuk juga Mahasiswa yang kononnya punyai Kuasa Ketiga menjadi mandom dan terperangkap dalam polisi yang dicipta. Lantas mereka tidak dinamik dan gagal berperanan! Tuntasnya, saya sarankan mereka yang tergolong dalam kumpulan ini untuk nyatakan pendirian mereka dan zahirkan sumbangan dan peranan yang sewajarnya mereka laksanakan.” – Wan Ibrahim Al-Kutani, Presiden MPPUTP Duta Mahasiswa, 4.44 PM

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on September 6, 2012 in Nota Terbuka

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: