RSS

Category Archives: Tarbiyyah

825 Hari Mengenal Khalifah Umar Abdul Aziz

 

Keturunan

Saidina Umar bin Abdul Aziz adalah seorang khalifah Islam daripada dinasti pemerintahan Khalifah Bani Umayyah.

Merujuk kepada salasilah, didapati keturunan beliau di sebelah bapa mempunyai kaitan dengan keturunan Rasulullah, iaitu menerusi Abd Manaf bin Qushai. Adapun di sebelah ibu mempunyai kaitan dengan Saidina Umar al-Khattab. Beliau merupakan cucu kepada Saidina Umar.

Pendidikan dan Keilmuan

Mendapat didikan agama sejak dari kecil lagi daripada datuk saudaranya iaitu Saidina Abdullah ibnu Umar al-Khattab, sahabat nabi yang merupakan ulama hadis.

Bapanya yang kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir menghantar beliau mendalami ilmu agama di Madinah bersama para ulama di sana. Antara gurunya adalah Ubaidillah bin Abdillah bin Atabah.

Beliau adalah seorang mujtahid, yang boleh mengeluarkan hukum menerusi al-Quran dan as-Sunnah setara dengan imam-imam mazhab.

Kezuhudan Umar Abdul Aziz, Kesederhanaan Nik Abdul Aziz; buku karangan Wan Ji Wan Husin ini memuatkan banyak kisah menarik tentang kezuhudan beliau. Juga sifat amanah beliau dalam kepimpinan.

Pemerintah Yang Adil Dan Zuhud

Adapun Putera kepada Khalifah Abdul Aziz dan Laila Ummu Ashim ini juga seorang khalifah Islam yang warak lagi zuhud.

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

  1. Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran.
  2. Merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal.
  3. Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah.
  4. Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Pembangunan Jasmani dan Rohani Rakyat

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjamaah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

825 Hari Mengenal Khalifah Umar

Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab, yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. 2 tahun 5 bulan adalah satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan.

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Kebanyakan daripada rakyat sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri.

Susuk tubuh pemimpin yang adil dan warak bernama Khalifah Umar Abdul Aziz ini wajar menjadi contoh kepada pemerintah zaman moden hari ini. Hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman.

Tempoh perkenalan yang terlalu singkat buat rakyatnya, yang disirami rahmat dan kasih sayang. Berkat dari seorang pemimpin yang sangat bertaqwa dan amanah dalam kepimpinan.

Satu rekod yang pastinya sukar diikuti oleh pemimpin yang lain, melainkan pemimpin yang benar-benar ikhlas dalam pentadiran dan pemerintahan.

Wallahu a’lam.

Senandung Tun Teja~

Rujukan:

  • Buku ‘Umar Abdul Aziz’ oleh Abdul Latip Talib
  • Tayibah.com
Advertisements
 
1 Comment

Posted by on April 27, 2012 in Tarbiyyah

 

Tidakkah Engkau Melihat kepada Rasulullah SAW?

94:1
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?”

Kami mulakan dengan satu susuk tubuh yang mulia. Paling mulia pernah wujud dalam sejarah manusia. Itulah dia Rasulullah SAW yang kita cintai. Baginda merupakan pemuda emas , kesayangan masyarakat, dari keturunan yang baik, dan baginda turut mempunyai syakhsiah yang cantik. Baginda berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang kaya, saudagar wanita yang berjaya. Hidup dilimpahi kesenangan.

Namun susuk tubuh ini apabila mendapat kebenaran daripada Ilahi, tidak pula risau mengorbankan keselesaan taraf hidup yang wujud pada dirinya.

Baginda, dengan yakin, menaiki bahtera ini, memasuki dunia orang-orang beriman bahkan mengetuainya, menyambung dan menyempurnakan perjalanan nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum baginda.

Dia Hingga Terpaksa Meninggalkan Tanah Tercinta.

Rasulullah SAW tidak membawa keimanan ini kepada masyarakat dalam keadaan dipuji dan dijulang. Baginda dilukai dan disakiti. Hingga sampai satu tahap, baginda terpaksa meninggalkan Makkah.

Baginda pernah solat di Masjidil Haram, dan kemudiannya Abu Jahal melemparkan ke atas tengkuk baginda perut unta berisi najis. Baginda tidak mengangkat langsung kepala baginda dari sujud, hinggalah Fatimah datang dan mencuci najis tersebut dalam keadaan menangis.

Baginda, kerana dasyatnya ujian di Makkah, pernah berusaha melebarkan dakwahnya ke Ta’if. Tetapi apabila sampai ke Ta’if, dakwah baginda ditolak mentah-mentah. Lebih buruk daripada itu, pembesar-pembesar Ta’if menyediakan kanak-kanak, berbaris sepanjang perjalanan keluar Rasulullah SAW daripada Ta’if, untuk membaling baginda dengan batu.

Baginda luka-luka teruk, dan diriwayatkan bahawa capal baginda banjir dengan darah.

Baginda juga pernah dipulaukan bersama para sahabatnya selama 3 tahun 3 bulan oleh kaum musyrikin Makkah. Sesiapapun dilarang untuk berniaga, memberikan makanan, mengahwinkan anak, dengan pengikut-pengikut Rasulullah SAW. Pemulauan ini sangat dasyat hingga membuatkan Rasulullah SAW dan para sahabat terpaksa merebus kasut yang diperbuat dari kulit untuk memakannya, dan menjamah daun-daun kering, hingga luka-luka mulut mereka.

Itulah dia dugaan yang ditimpa oleh baginda. Belum dikira saban ejekan, saban pukulan para samseng Makkah terhadap baginda. Hinggalah akhirnya, Baginda berhijrah ke Madinah, meninggalkan Makkah tanah cinta baginda.

Dan ujian untuk baginda tidak berakhir setakat itu sahaja.

Di Madinah, masih diuji.

Walau berjaya membina kerajaannya yang sendiri di Madinah, baginda tetap menerima tentangan dalaman daripada kaum munafiq. Zaman Madinah ini juga adalah zaman bermulanya peperangan demi peperangan antara Islam dan golongan kuffar.

Baginda tidak hidup ibarat raja. Rumah baginda sangat kecil, hingga ada yang meriwayatkan bahawa tatkala baginda solat malam, baginda kadangkala akan tersentuh tubuh isterinya. Bumbung rumah baginda turut boleh dicapai hanya dengan tangan sahaja. Rumah baginda juga tidak digelar ‘rumah’, tetapi digelar ‘bilik-bilik’ – Al-Hujurat – kerana kecilnya rumah baginda.

Pernah pada satu hari Umar Al-Khattab RA ingin masuk ke dalam rumah baginda, dan kala itu Rasulullah SAW bangun dari pembaringan untuk menyambutnya, jelas terpapar pada kulit belakang tubuh baginda birat-birat hasil dari pembaringan baginda di atas pelepah tamar. Ini membuatkan Umar Al-Khattab yang berjiwa keras pun, mengalirkan air mata.

Pernah baginda keluar di tengah hari panas, terserempak dengan Abu Bakr dan Umar Al-Khattab RA yang berada dalam keadaan lapar. Rasulullah SAW bertanya mengapa mereka berdua berlegar di waktu tengahari di luar rumah? Mereka berdua menjawab: “Kami lapar.” Dan Rasulullah SAW pun menyatakan bahawa baginda keluar pun kerana lapar juga. Pernah diriwayatkan bahawa rumah baginda tidak berasap untuk jangka masa yang agak lama.

Di dalam peperangan pula, Rasulullah SAW ditentang hebat. Diriwayatkan kala peperangan Uhud, pertahanan orang Islam pecah dan musuh-musuh menghampiri Rasulullah SAW untuk membunuh baginda. Batu dilemparkan hingga terkena pada pipi baginda, membuatkan keledar topi perang baginda terperusuk masuk ke dalam pipi. Apabila sahabat baginda mahu menanggalkannya, gigi sahabat tersebut, bersama-sama gigi geraham baginda tercabut, dan darah bersemburan.

Itu belum dikira ancaman dalaman daripada Kaum Munafiq. Pernah satu ketika, selepas berlakunya Perang dengan Bani Mustaliq, keluarga Rasulullah SAW difitnah. Disebarkan berita bahawa Aisyah RH bermukah dengan Safwan sahabat Rasulullah SAW. Hingga akhirnya Rasulullah SAW sendiri tertekan. Allah SWT pula menurunkan ujian, menghentikan wahyu dari langit, menguji ummat Islam termasuk Rasulullah SAW sendiri. Hinggalah akhirnya, apabila suasana semakin tiba ke kemuncak, barulah Allah SWT menurunkan wahyu, membersihkan nama Aisyah RH dan membela nama keluarga Rasulullah SAW.

Inilah dia perjalanan baginda, penumpang bahtera keimanan ini.

Namun apakah baginda berputus asa?

Tidak pernah sekali.

Kepercayaan Itu, Terbalas. Allah Tidak Memungkiri JanjiNya.

Penumpang Bahtera Keimanan akan sentiasa berjaya. Itulah dia sunnatullah. Tinggal mahu percaya hingga ke akhirnya atau tidak sahaja.

10 tahun selepas meninggalkan Makkah, akhirnya Rasulullah SAW kembali dengan 10,000 tentera yang lengkap dengan zirah dan senjata. Sedang pada peperangan pertama ummat Islam, perang Badar Al-Kubra, ummat Islam hanya berbilangan 313 orang, tiada kelengkapan perang, dan ada yang berperang dengan pelepah kurma semata-mata!

Ketika Fathu Makkah ini, terserlah lah berkat kesabaran Rasulullah SAW selama ini. Baginda memasuki Makkah tanpa mendapat apa-apa tentangan pun, kecuali daripada Ikrimah bin Abu Jahal yang ketika itu masih kafir. Itupun ditewaskan dengan mudah oleh Khalid Al-Walid yang telah memeluk Islam ketika itu.

Seluruh Makkah tunduk kepada Rasulullah SAW. Manusia yabng selama ini mereka hina. Manusia yang selama ini mereka perangi. Manusia yang selama ini mereka cercai. Hingga Rasulullah SAW bertanya: “Pada sangkaan kamu, apakah yang aku akan lakukan kepada kamu hari ini?”

Mereka berkta: “Kami mengenalimu sebagai orang yang baik, maka engkau akan melakukan kepada kami yang baik-baik sahaja, Wahai Muhammad.”

Dan ketika itu juga, baginda mengampunkan seisi Makkah yang selama ini meyakitinya.

Berbondong-bondong selepas itu orang memeluk Islam. Bergegar Rom dan Parsi. Dan selepas itu perjuangan diteruskan lagi, hinggalah pada saat kewafatan Rasulullah SAW, Islam sudah tersebar sejauh Yaman, selatan Tanah Arab, dan bumi Syam, utara tanah Arab. Menggegarkan Rom dan Parsi. Hinggalah selepas itu perjuangan ini diteruskan, Islam menjadi pemacu peradaban dunia, dan menguasai 2/3 daripadanya.

Maka di manakah Allah SWT memungkiri janji-janjiNya?

Inilah dia kisah salah seorang penumpang bahtera!

Keimanan ini memang akan membawa kepada kemenangan, kejayaan dan kegemilangan.

Mengapa tidak kita mengambil jalan yang sama, beriman kepadaNya, dan menuju destinasi redha dan syurgaNya?

Credit to Nabila Ali, 16 Mac 2012

 
Leave a comment

Posted by on March 16, 2012 in Tarbiyyah

 

Wahai Umat Quran!


Wahai UMAT QURAN!

‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan. Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang mampu menyapu kegelapan. Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan Bumi dengan Langit tidak patah atau terputus.

(1) Qum, Faanzir !


Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan. Barisan dan kesatuan Umat. Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

(2) Worabbaka fakabbir

Besarkan Tuhanmu, di atas segala! Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya yang akan menimpa. Tiada harapan selain dan ke RidhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.

(3) Wathiabaka fathahhir!

Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu! Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan. Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur dosa dan noda. Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini. Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusai menempuh tugas dan beban berat ini. Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati. Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.

(4) Warrujza fahjur !

Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat! Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah riwayatmu. Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi. Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu dan maksiat dan mungkarat dan dosa dan noda. Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat dan mungkarat telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah program perjuanganmu. A1-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.

(5) Wala tumnun tastakthir’


Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak! Jalankan tugas ini tanpa mengharapran balasan dan ganjaran dan manusia ramai. Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan  dan pujian, keuntungan benda dan material. Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan, pegangan? Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?

Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

(6) Walirabbika fasybir !

Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar! Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala kesabaran dan ketahanan. Sabar menerima musyibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah.  Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang dengan kegiatan dan pengorbanan  yang diberikan. Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat kejayaan sejati dan kemenangan hakiki. Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.

Haza dzikrun!

Inilah enam peringatan dan enam arahan!

Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru.

Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?

Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.

Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

 
2 Comments

Posted by on April 5, 2011 in Tarbiyyah

 

Meraih Cinta Muhammad S.A.W

ALhamdulillah wa syukurillah. Wajiblah kita bersyukur kehadrat Allah Azzawa Jalla, Zat yang telah memperturunkan hamba-Nya Muhammad Bin Abdullah sebagai Rahmatan lil ‘alamin.

Saudara penulis berkesempatan untuk hadir ke forum Maulidurasul di Masjid Sultan Mizan, Kerteh. Alhamdulillah, forum yang telah dihadiri 2 ahli panel yang mursyid iaitu Al-fadhil Ustaz Hishamuddin sebagai pengulas dan Ustaz Nik Muhammad Nasri penulis buku ‘ Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah’ terbitan PTS, dapat dikupas dengan cukup baik, cukup matang dan InsyaAllah mampu menghadirkan rasa cinta kepada Khatimul anbiya’, Nabi Muhammad SAW.

Allah menyebut,

“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi (kepada umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang ingkar) dan juga penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan petunjuk yang diberikan-Nya dan lampu yang menerangi.” (surah al-Ahzab: 45-46)

Ayat ini dimulakan dengan bentuk kemuliaan daripada Allah. Dia menyeru Muhammad bin Abdullah dengan panggilan ‘Nabi,’ dengan tugas dan pangkat kenabian, pangkat yang tidak boleh dicari sendiri di atas dunia ini seperti pangkat dan kebesaran lain.

Islam sebagai Deen al Haq daripada seorang Raja yang Agung, sudah pasti mengutuskan utusan yang hebat, utusan yang terbaik dari kalangan hamba-Nya. Dia mengutuskan Muhammad, manusia yang paling baik dan mulia di kalangan makhluk bumi dan langit sekaliannya. Kita berterima kasih kepada seorang tokoh daripada barat bernama Michael H. Hart kerana meletakkan manusia agung bernama Muhammad sebagai tokoh terulung dalam catatannya, ” The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in Human History”

My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both religious and secular level ‘

Tanggal 12 Rabiul Awal menjadi titik tolak kelahiran seorang Nabi yang Siddiq. Tarikh ini, kita menyambut seorang bayi, seorang remaja, seorang pemuda, yang kemudiannya terpilih memimpin umat manusia beriman dan taat kepada Sang Pencipta. Kesempurnaan akhlak dan peribadi baginda tidak pernah dipertikai sehingga apabila Sayyidatina Aisyah r.a ditanya oleh para sahabat tentang bagaimanakah akhlak Rasul Allah, dijawabnya Aisyah Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran”.

12 Rabiul Awal tidak bererti apa-apa seandainya Sunnah baginda tidak kita amalkan. Sirah baginda tidak pernah kita singkapkan. Perjuangan baginda kita perkecilkan. Umat hari ini tidak ramai yang mencintai Rasulullah. Kita masih malu-malu berselawat ke atas baginda tidak sepertimana cintanya kita kepada artis-artis tanah air. Bagi kita, Muhammad itu insan biasa. Jasad yang diutus kemudian pergi.

Bagaimana hendak mencintai jika tidak mengenali? Pepatah melayu ada betulnya, ‘ tak kenal maka tak cinta‘.

Namun amat malang pada hari ini, bulan kelahiran baginda dicemari dakyah Yahudi dan Nasara. ‘Valentine Day‘ yang disambut sabun tahun pada 14 Februari terus merosakkan jiwa dan pemikiran sebilangan besar anak remaja kita. Dua tarikh yang berurutan ini membawa 2 sambutan yang berbeza. Satunya menuju syaitan, yang satu lagi menuju jalan Nabi SAW. Satunya mengundang kemurkaan ALlah, yang satu lagi mengundang redha Allah. Satunya menuju ke neraka, yang satu lagi menuju ke syurga, bi iznallah.

Valentine’s Day HARAM!

Bagi seorang mukmin, Maulidurrasul adalah satu muhasabah. Satu rentetan perjuangan baginda memperjuangkan agama Allah. Memberi ruang dan peluang untuk refleksi diri. Kita akui kelemahan diri. Setakat mana pengorbanan yang telah kita lakukan dalam menyambung mata rantai perjuangan baginda. Sebanyak mana masa, jiwa dan harta yang telah kita infakkan ke jalan Allah sebagaimana baginda menyerahkan seluruh hidupnya kepada Allah. Mampukan sambutan Maulidurrasul yang disambut sepanjang tahun memotivasikan kita untuk menyuburkan semangat perjuangan yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah.

Maulidurrasul bukan hanya kelahiran manusia. Cinta kita kepada Nabi Muhammad mesti dibuktikan, kurang cukup sekadar ucapan yang meniti dibibir. Cinta kita kepadanya bukan sekadar berzanji dan perarakan.

Kita semua mendambakan syafaat Nabi Muhammad. Rasa cinta kepada Nabi harus disuburkan. Kecintaan selain Allah dan Rasul-Nya mesti dikuburkan. Semoga setiap daripada kita akan beroleh syafaat baginda di Mahsyar melalui pembuktian cinta kita pada Rasulullah.InsyaAllah.

 

 

 
Leave a comment

Posted by on February 15, 2011 in Tarbiyyah